Hi readers. Thanks very much for reading one of my story.  We never put a restriction on our possibilities. We'll do the best as we can, we'll always improved our skill in writing. Big applause to you. - Yaya.

Tuesday 4 December 2012

MOMENTS : PROLOGUE





Assalamualaikum , hello . Okey so basically I want to make a new story . So we start with a prologue first right ? The characters is still mistery  and I hate synopsis so I will make it later . Enjoy . 

Luhan’s POV

     Rintihan hujan yang renyai – renyai tadi , kini lebat membasahi bumi hijau ini . Burung yang berterbangan di udara mula mencari tempat teduhan . Semut juga bahkan berlari ke sarang mereka . Pokok mula goyang mengikut alunan udara angin kencang yang meniup . Semua manusia sudah masuk kedalam rumah mereka , tidak mahu diri mereka dibasahi hujan yang mempunyai bahan asid dan mampu membuatkan mereka jatuh sakit .

Tapi aku …..

SPLASH !

Dibasahi hujan , dibasahi air yang dipercikkan kuat dari kereta yang lalu lalang disini . Badanku seakan kaku . Otakku tidak dapat berjalan memberi informasi menyuruh otot – otot ku bergerak dan mencari tempat untuk berteduh . 

“  Song Jane …… “

     Badanku menggigil , lututku semakin lemah . Empangan mata sudah pecah dan laju air mata mengalir dipipiku bersama dengan rintihan hujan yang lebat . Hatiku … hatiku … sakit . Air mata tidak berhenti mengalir , dan kini aku , berdiri dibawah hujan yang lebat dengan perasaan yang sangat mengecewakan …

     “ Arghhhhhhhhh !!!!! “  rambut keemasan ini aku ramas kasar . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa perlu dia ? Kenapa bukan aku ? Kenapa !? Terasa diri seperti baru ditikam dengan sehunus pedang yang sangat tajam . Hati ini dirobek kejam dan sangat kasar dengan pedang itu . Sakit … sakit sangat … tiada kata yang mampu membayangkan rasa kesakitan yang aku rasai kini .

“ Luhan …. “

    Terasa bahuku seperti disentuh oleh satu tangan yang besar . Rintihan hujan juga tidak lagi mengalir dibadanku . Aku tiada kudrat untuk memusing dan melihat siapa gerangan tersebut kerana aku tahu siapakah dia , melalui suara itu .

“ Kenapa dia ? Kenapa bukan aku ? Kenapa weii kenapa Tao ?! “

Aku menjerit sekuat hati terhadap rakan baikku ini . Mataku merah , hidungku juga merah , mungkin akibat aku mengangis tanpa henti . Lelaki menangis ? Hahaha lawak . Lawak ke bagi seorang lelaki untuk menangis ? Aku pun manusia juga . Ada hati dan perasaan yang membenarkan untuk aku menangis , jadi aku tak rasa menangis bagi seorang lelaki itu adalah lawak .

“ Luhan … aku .. tak tahu nak cakap apa … aku nak minta maaf .. “

        Sayu kedengaran suara dia . Aku pandang keatas untuk melihat Tao yang masih setia memayungkan diriku yang sudah terduduk di tepi jalan ini . Aku tiada kudrat untuk bangun , dunia aku terasa seperti hancur …
“ Tapi kenapa dia perlu tipu aku ? Kenapa ? Kenapa !? “

    Emosi aku tidak stabil . Perasaan aku bercampur . Marah , geram , sedih , dikhianati . Ye , semua perasaan bercampur satu ! Aku terasa ingin membunuh diriku sahaja pada waktu ini . Aku tak tahu macam mana aku hendak lalui hidupku dengan perkara ini .

     “ Luhan , jom balik rumah . Mama kau dah mula risau dah , semua orang dah mula risau . Dan kau pun rasanya dah lama duduk bawah hujan ini , nanti kau boleh demam wei . “  Tao memujukku untuk pulang kerumah . Aku ingin pulang ke rumah , badan aku terasa penat dan simptom simptom seperti aku hendak jatuh sakit sudah mula menunjuk kerana kepala aku terasa berat . Terasa seperti seseorang meletakkan batu yang sangat berat .

      “ Bro , jom . Kalau kau tak kuat nak bangun , aku pimpin kau . “ Dengan perlahan aku berdiri , badanku goyang mungkin kerana penat duduk dan pening yang aku dapat . Tangan tao dibelakang aku , memberikan sokongan supaya aku boleh berjalan . Kemudian aku berjalan menuju ke kereta Tao yang di parking di sebelah kanan ku . 10 tapak sahaja dan aku sudah sampai ke kereta Tao . Pintu kereta aku buka setelah Tao menekan punat kunci kereta dan aku memboloskan diriku kedalam kereta itu .
Dalam fikiran aku hanya ada satu perkara sahaja . Song Jane .


Okey , thank you sebab baca . Yes pendek , aku tahu . Aku tak ada idea . Aku cuba nak memisterikan cerita ini seboleh bolehnya tapi kalau korang dapat teka , baguslah . Thanks sebab baca cerita bosan ini . Synopsis dan characters akan dibuat nanti bila aku dah dapat betul betul idea cerita ini sebab sekarang aku hanya tulis random tho aku actually dah dapat idea sedikit .Anyway , thank you .  

No comments:

Post a Comment

Jasamu amat ku kenang . Thankie :) Setiakan diri meng-comment . HAHA XD