Assalamualaikum , hello . Okey so basically I want to make a
new story . So we start with a prologue first right ? The characters is still
mistery and I hate synopsis so I will
make it later . Enjoy .
Luhan’s POV
Rintihan hujan yang renyai – renyai tadi , kini lebat
membasahi bumi hijau ini . Burung yang berterbangan di udara mula mencari
tempat teduhan . Semut juga bahkan berlari ke sarang mereka . Pokok mula goyang
mengikut alunan udara angin kencang yang meniup . Semua manusia sudah masuk
kedalam rumah mereka , tidak mahu diri mereka dibasahi hujan yang mempunyai
bahan asid dan mampu membuatkan mereka jatuh sakit .
Tapi aku …..
SPLASH !
Dibasahi hujan , dibasahi air yang dipercikkan kuat dari
kereta yang lalu lalang disini . Badanku seakan kaku . Otakku tidak dapat
berjalan memberi informasi menyuruh otot – otot ku bergerak dan mencari tempat
untuk berteduh .
“ Song Jane …… “
Badanku menggigil , lututku semakin lemah . Empangan mata
sudah pecah dan laju air mata mengalir dipipiku bersama dengan rintihan hujan
yang lebat . Hatiku … hatiku … sakit . Air mata tidak berhenti mengalir , dan
kini aku , berdiri dibawah hujan yang lebat dengan perasaan yang sangat
mengecewakan …
“ Arghhhhhhhhh !!!!! “
rambut keemasan ini aku ramas kasar . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa perlu dia
? Kenapa bukan aku ? Kenapa !? Terasa diri seperti baru ditikam dengan sehunus
pedang yang sangat tajam . Hati ini dirobek kejam dan sangat kasar dengan
pedang itu . Sakit … sakit sangat … tiada kata yang mampu membayangkan rasa
kesakitan yang aku rasai kini .
“ Luhan …. “
Terasa bahuku seperti disentuh oleh satu tangan yang besar .
Rintihan hujan juga tidak lagi mengalir dibadanku . Aku tiada kudrat untuk
memusing dan melihat siapa gerangan tersebut kerana aku tahu siapakah dia ,
melalui suara itu .
“ Kenapa dia ? Kenapa bukan aku ? Kenapa weii kenapa Tao ?!
“
Aku menjerit sekuat hati terhadap rakan baikku ini . Mataku
merah , hidungku juga merah , mungkin akibat aku mengangis tanpa henti . Lelaki
menangis ? Hahaha lawak . Lawak ke bagi seorang lelaki untuk menangis ? Aku pun
manusia juga . Ada hati dan perasaan yang membenarkan untuk aku menangis , jadi
aku tak rasa menangis bagi seorang lelaki itu adalah lawak .
“ Luhan … aku .. tak tahu nak cakap apa … aku nak minta maaf
.. “
Sayu kedengaran suara dia . Aku pandang keatas untuk melihat
Tao yang masih setia memayungkan diriku yang sudah terduduk di tepi jalan ini .
Aku tiada kudrat untuk bangun , dunia aku terasa seperti hancur …
“ Tapi kenapa dia perlu tipu aku ? Kenapa ? Kenapa !? “
Emosi aku tidak stabil . Perasaan aku bercampur . Marah ,
geram , sedih , dikhianati . Ye , semua perasaan bercampur satu ! Aku terasa
ingin membunuh diriku sahaja pada waktu ini . Aku tak tahu macam mana aku
hendak lalui hidupku dengan perkara ini .
“ Luhan , jom balik rumah . Mama kau dah mula risau dah ,
semua orang dah mula risau . Dan kau pun rasanya dah lama duduk bawah hujan ini
, nanti kau boleh demam wei . “ Tao
memujukku untuk pulang kerumah . Aku ingin pulang ke rumah , badan aku terasa
penat dan simptom simptom seperti aku hendak jatuh sakit sudah mula menunjuk
kerana kepala aku terasa berat . Terasa seperti seseorang meletakkan batu yang
sangat berat .
“ Bro , jom . Kalau kau tak kuat nak bangun , aku pimpin kau
. “ Dengan perlahan aku berdiri , badanku goyang mungkin kerana penat duduk dan
pening yang aku dapat . Tangan tao dibelakang aku , memberikan sokongan supaya
aku boleh berjalan . Kemudian aku berjalan menuju ke kereta Tao yang di parking
di sebelah kanan ku . 10 tapak sahaja dan aku sudah sampai ke kereta Tao .
Pintu kereta aku buka setelah Tao menekan punat kunci kereta dan aku
memboloskan diriku kedalam kereta itu .
Dalam fikiran aku hanya ada satu perkara sahaja . Song Jane
.
Okey , thank you sebab baca . Yes pendek , aku tahu . Aku
tak ada idea . Aku cuba nak memisterikan cerita ini seboleh bolehnya tapi kalau
korang dapat teka , baguslah . Thanks sebab baca cerita bosan ini . Synopsis dan characters akan dibuat nanti bila aku dah
dapat betul betul idea cerita ini sebab sekarang aku hanya tulis random tho aku
actually dah dapat idea sedikit .Anyway , thank you .
No comments:
Post a Comment
Jasamu amat ku kenang . Thankie :) Setiakan diri meng-comment . HAHA XD