Hi readers. Thanks very much for reading one of my story.  We never put a restriction on our possibilities. We'll do the best as we can, we'll always improved our skill in writing. Big applause to you. - Yaya.

Saturday, 14 January 2012

FF TRIPLE SHOT - ITS NOT OVER



Ah , ini triple shot . Selesai sahaja  shot ini , aku akan beri penerangan about it . Khas untuk Aida Maisarah . Aku tak reti buat one shot ==' Ah , actually cerita ini lebih ke sedih accept part ni happy sikit . So , ignore cover . 1st cover ever ! 

Main Characters : Park Min Mi ( OC ) & Hoya 
Genre : Happy + Romantic + School + Sad 




( Min Mi’s Story )


Batang pensil ditangan aku putarkan seperti heli – spin . Guru dihadapan yang sedang mengajar aku endahkan . Hujan lebat memenuhi ruang kelas ini . Cuaca agak sejuk , mungkin kerana hujan . Bermacam – macam kerenah pelajar disini . Ada yang sedang menulis , mendengar , tidur , kacau pelajar , berbual dan macam – macam lagi . Aku ? Aku dikategorikan dalam melayan perasaan .

Aku pening sebernarnya ini . Aku tak tahu apa yang hendak diperkatakan . Aku tak percaya . Tak sangka . Semuanya aku rasa hanyalah mimpi sahaja .

Cuba bayangkan  pelajar lelaki yang paling popular disekolah , yang digemari dan diminati pelajar lain terutamanya perempuan , yang sangat peramah , selalu menolak luahan cinta peminatnya termasuklah pelajar perempuan yang cantik dengan baik dan sekali pun ! Tidak pernah ada berita tentang dia bercinta .

Meluahkan perasaan kepada korang .

Cuba bayangkan . Ahhhhh ! Aku boleh naik gila bayangkan . Eh ? Tidak . Buat apa aku nak bayangkan kalau memang perkara ini terjadi pada aku . Lawakkan ? Aku ini macam mana ? Pelajar biasa . Tak popular . Tak pernah bercinta . Cantik ? Aku tak pasti .

Ahhhhh ! Dia luahkan perasaanya padaku dan meminta aku jadi girlfriend dia .

Lee Hoya . atau lebih dikenali sebagai Hoya .

Dialah . Ye , memang dia . Semalam seperti sebuah sejarah . Sebuah tragis . Sebuah mimpi . Semalam dia minta aku jadi girlfriend dia .

“ Park Min Mi , will you be my girlfriend ? “

Sepanjang satu hari aku asyik teringat akan ayat – ayat itu . Boleh naik gila aku semalam sampai tidur pun aku mimpi pasal dia . Apa jawapan aku ? Aaaaaaku tak pasti .

“ Erk ? Hoya – ssi  . Tapi … “

“ Ah . Tak apa . Saya akan tunggu jawapan awak esok . Harap jawapan awak memuaskan hati saya okey ? “

Hari ini . Ya . Hari ini dia nak jawapan aku . Aku masih tiada jawapan untuknya . Langsung tiada ! Ah ! Lagipun , aku ada satu masalah lagi . Dia satu kelas dengan aku . Dan buka hanya itu sahaja masalahnya . 

Dia duduk dibelakang aku . Tsk . Betapa malangnya nasib aku .

Sudah 3 tahun aku satu kelas dengan dia . Perasaan aku padanya ? Tiada walau sekali pun . Aku hanya anggap dia sebagai kawan sekelas . Kawan – kawan aku semua cakap aku pelik sebab aku seorang sahaja tak suka pada dia . Pelik ke ?

Wajib ke setiap pelajar perempuan menyukai pelajar lelaki popular disekolahnya ? Kalaulah , terdapat undang – undang sebegitu di Korea , maaf Presiden . Saya tak dapat tepati . Aku tak sangka macam mana dia ingin aku jadi teman wanitanya . Mungkin ini hanya permainan dia dengan kawan – kawannya kot .

Ah ! Tak mungkin . Hoya ini budak baik . Tolak luahan perasaan budak – budak yang suka dengan dia pun , dia tolak dengan baik . Ahhhhh ! Aku tak sanggup hendak memikirkan perkara ini lagi . Tsk .

Kringggg !

“ Baiklah pelajar , sila hantar nota ini pada saya lengkap esok . Dan , jangan lupa minta kebenaran ibubapa kamu tentang lawatan ke amusement park itu . Sila hantar borang itu pada minggu ini juga . Faham ? “

“ Ne , Yong songsaenim . Kamsahamnida “

“ Ah ~ Akhirnya kelas tamat juga “ aku menjerit kecil . Buku – buku diatas meja aku kemaskan dan masukkan kedalam beg semula . Pelajar – pelajar sudah mula berpusu keluar dari kelas . Aku ? Aku rasa dengan cuaca begini dan keadaanku yang masih sedang memikirkan jawapan , aku ingin pergi ke taman belakang sekolah .

Pasal Amusemant Park itu ….. Sojin pergi ke tidak ? “ Min mi – ah ! “ Ah . Baru sahaja aku sebut nama dia . “ Ne , Sojin-ah ? “ . Kerusi dihapadan meja ditarik olehnya dan pusing kebelakang menoleh kearah aku . Aku pula duduk semula supaya dapat bertemu dengan dia .

“ Kau pergi tak amusement park tu ? Pergi tak ? Pergi tak ? “ dia menyoal aku seperti kanak – kanak riang . Aku ketawa kecil melihat reksinya yang sebegitu budak – budak . Itulah Sojin yang aku kenali .

“ Aku tak pasti lagi . Aku tak faham kenapa dalam banyak – banyak tempat di Seoul , tempat tu jugalah dia nak buat lawatan . Budak – budak betul ! “ ujarku sedikit marah . Ah , aku tak berapa suka tempat macam itu . Ingat lagi tahun lepas . Sojin dan Seol paksa aku pergi sana . Tak sampai 20 minit aku dah balik .

Ah , aku tak berapa suka sangat tempat macam tu . Kalau arcade , aku sukalah . Baru seronok pergi arcade ! Ada pula remaja macam aku nak pergi tempat budak kecil macam itu ? Tak masuk akal langsung .

“ Alaaaa ~ Pergi lah wei . Seol tak pergi sebab hujung minggu ini dia kena pergi Busan dengan keluarga dia . Aku tak suka pergi sorang – soranglah . Please .. Lagipun , boyfriend kau ikut sekali tau ? “ jelasnya sambil senyum sinis kearahku .

Aku tak faham . Sebelah kening aku angkat , dahiku sudah mula berkerut . Boyfriend ? Sejak bila pula Park Min Mi sudah tukar status bujangnya daripada sudah berpunya ? Oh , rasanya dia cakap tentang Junhyung Oppa kot . Tsk . Tak mungkin lah . Dia tu celebrity . Lagipun sekarang mereka semua ada dekat Jepun . Ahhhh ! Aku nak tengok Beast lah !

“ Kenapa dengan kau ni Min Mi ? Aku cakap perkataan boyfriend je terus dahi kau berkerut seribu . Dah macam orang tua pula aku tengok ! Hahaha “ katanya menggelakkan aku seraya itu tangannya aku pukul . “ Ouch ! Apa ni main pukul – pukul orang ? “ ngadunya sambil menggosok tangannya akibat dipukul tadi .

“ Main pukul – pukul sebab kau buat lawak bodoh yang tak bodoh pun lawaknya . Faham ? “ aku pula memarahinya . Sejak dari tadi aku cuba memikirkannya tetapi tidak berjaya .

“ Haish , kau ni . Tak tahu ke ? Semalam baru korang mula couple kan ? “

Semalam ? Jangan dia cakap ….

“ Dekat belakang kau je orangnya “ katanya semula sambil mulut dimuncungkan menunjukkan ‘ boyfriend ‘ aku yang diperkatakannya tadi . Dengan perlahan aku memusingkan kepala aku . Terlihat dia bersama rakan – rakannya , Dongwoo dan Woohyun sedang berborak sakan .

Kemudian , dia perasan aku sedang tenung dia seraya itu cepat – cepat aku memandang kearah Sojin semula . “ Ha . Ha . “ Sepatah – sepatah aku menuturkan . “ Apanya Ha Ha ? Betul lah kan ? “ kening sebelah diangkatnya .

“ Aku belum beri jawapan lagi lah Sojin – ah ~ “ jawabku sambil menekup mukaku menggunakan kedua – dua belah tangan .

“ Huh ? Tak perlu susah – susah fikir . Jawab sahaja yes . “ selamba dia menuturkan ayat itu . Dia nak suruh aku cakap yes ? Hahaha , ini baru lawak bodoh ! Aku ni dahlah tak pernah bercinta , walau sekali seumur hidup pun ! Aku layan lelaki semua macam kawan aku sendiri , inikan pula aku ingin mempunyai sebuah teman lelaki ? Huh .

“ Alaaaaa Sojin . Kau macam tak kenal aku kan ? Berapa lama dah kau kawan dengan aku huh ? Aku tak tahulah “ lalu aku melentokkan kepalaku diatas meja beralaskan lenganku ini . Aku runsing . Banjir besar melanda Korea pun aku rasa aku tak adalah serunsing macam ini , lagilah hal pasal cinta .

Ah , aku lemah dalam bab benda macam ini .

“ Sebab aku dah kenal kau terlampau lama lah aku suruh kau cakap yes . Aku tahu kau boleh buat . “ nadanya kelihatan serius kali ini . Erk ? Apahal pula dia yang serius ini ? Tadi bukan main buat lawak jenaka dengan aku . Kejap . Jenaka dengan lawak sama kan ? Ahhhh !

“ Min Mi . Kau dengar sini . Pandang aku . “ Sepatah – sepatah dia menutur . Aku mengangkat mukaku melihatnya . Dia serius .

“ Kau tahu tak berapa ramai perempuan dekat sekolah ini bermati – matian nak jadi girlfriend dia ? Kau ini tak perlu nak confess dia dah minta kau jadi dia punya . “

“ Kau cuba bayangkan betapa istimewanya kau ? Weh , kau cakap sahajalah yes ye ? Pasal bab peminat – peminat dia semua itu , tak apa . Kita uruskan sama – sama . Kita kan brutal wei ~ “ katanya lalu menggerakkan sedikit sikuku .

Ah , aku terlupa pula nak sebut pasal peminat dia . Pagi tadi semua orang sudah pandang aku lain macam . Ada yang kutuk aku dari belakang dan ada yang mengucapkan tahniah kepadaku . Ah ~ cepatnya gossip mula tersebar . Mulut siapa pula ni ?

“ Brutal ? Ha . Ha . Whatever “ Sekali lagi sepatah – sepatah aku menutur sambil menjelingkan mataku . “ Brutal lah wei ! Kau lupa ke ? Tahun lepas kan kita prank Queenkas gedik tu semua ? Haha , padan muka dorang ! “ seraya mendengar cerita dia terus aku turut bersama ketawa .

Hahahahaa aku tak akan lupa peristiwa itu . Masa dorang semua dalam tandas terus aku dengan Sojin dan Seol kunci pintu tandas . Lepas itu , lampu tutup semua . Selepas itu , kitaorang spray dorang dengan air dan simbah dorang dengan water colour . Haha . Sejak hari itu , dorang dah tak berani ganggu kitaorang dah .

“ Hahaha . Tolonglah wei , jangan ingatkan aku tentang perkara itu . Naik senak perut aku ketawa ni . Haha “ kataku sambil ketawa .

“ Okey . So …….. ? “ soalnya sambil kening kiri diangkat sebelah . “ Aku fikir – fikirkan dahulu ye ? “ balasku semula .

“  Min – Mi ? “ tiba – tiba sebuah suara yang sangat familiar menegurku . 

Aku memandang kearah sebelah kiri . Hoya . Aku mula menggelabah . Kenapa dia ada dekat sini ? Haish . Janganlah dia tanya tentang jawapan itu lagi sebab aku tak tahu !

“  Saya nak rehat dengan awak boleh tak ? “ sejurus ayat itu keluar dari bibir kepunyaan lelaki muda ini . Rehat ? Aku mula panik . “ Ahhh … saya . Ouch ! “ aku menjerit kecil sakit . Ah , bijak punya Sojin pergi tendang kaki aku . Gila ke apa ?! 

“ Erk Hoya – ssi ? Ah , boleh . Lagipun Min Mi memang nak pergi rehat ni . Awak pergilah dengan dia . Kan Min Mi ? “ katanya sambil menunjukkan muka menyuruh aku pergi . Aku tak pasti . “ Ahh , saya . Okey “ teragak – agak aku memberi jawapan .

“ Okey , jom . “ katanya seraya itu menarik tanganku .

Kaku .

Aku kaku seketika . Dia pegang tangan aku !  Lidahku mula kelu . Aku tak tahu hendak cakap apa . Aku sudah mula gelisah . Sojin pula sudah mula menunjukkan ‘ fighting ‘ kepadaku . Ah ~ harap – harap suasana tak adalah setegang mana .

++++++++++++++++

http://www.youtube.com/watch?v=4iMo1ylSTSk
( pause lagu diatas dan play lagu ini )
( Author’s Story )

Sejurus Hoya dan Min Mi keluar daripada kelas mereka , semua pelajar memandang mereka . Kebanyakan daripadanya cemburu melihat situasi mereka sekarang yang sedang berpegangan tangan .

“ Ah , Hoya . “ Min Mi bersuara kecil . “ Boleh tak kita tak pergi kantin ? Pergi tempat lain eh ? Saya takut lah . “ Min Mi berbisik ditelinga Hoya meminta supaya tidak pergi ke kantin .
Hoya hanya tersenyum manis sambil kepalanya dianggukan membalas permintaan itu .

Kemudian , mereka pergi ke taman belakang sekolah . Taman belakang sekolah itu sangat cantik . Banyak bunga ditanam disini . Suasananya juga sangat nyaman . Lagipun disini tidak selalu ada pelajar .

 “ Ah . Sini . “  Min Mi mula terkejut bila Hoya membawanya ketempat kegemarannya . Macam mana dia boleh tahu ini tempat kegemarannya duga Min Mi yang sedikit curiga .

“ Saya tahu ini tempat kegemaran awak . “ selaras itu Hoya menjawab . “ Jom , mari ikut saya “ tangan Min Mi diraih dan dibawa ke sebuah pondok yang terletak taman ini . Hujan sudah mula berhenti . Kemudian , mereka berdua menuju kearah pondok tersebut .

“ Duduk “ arah Hoya kepada Min Mi . Sejurus selepas itu , dia terus melutut . “ Erk ? Apa awak buat ini Hoya ? Bangun . Bangunlah . “ Min Mi yang melihat keadaan Hoya yang sedang melutut itu terus mula gelisah .

( Hoya’s Story  )

Selapas aku menyuruhnya duduk aku mula melutut . Aku sudah rancang benda ini sejak semalam . Aku memang ingin dia jadi girlfriend aku . Aku tak dapat tahan perasaan ini . Aku harus luahkannya .

“ Erk ? Apa awak buat ini Hoya ? Bangun . Bangunlah . “ Min Mi yang melihatkan keadaan aku melutut menyuruh aku bangun . “ Tak apa . Awak duduk sahajalah “ balasku sambil mengukir senyuman kearahnya .



Kemudian , sebuah kotak aku keluarkan dari poket bajuku . Aku sudah belinya lama dah cuma aku masih tidak berani ingin meluahkannya . Aku rasa gelisah . Mulut terasa berat untuk meluahkan perasaan .

Dia terkejut apabila kotak itu aku keluarkan . Aku pula sudah mula berpeluh . Tanpa membuang masa “ Park Min Mi . You’re my first love . Saya sudah jatuh cinta pada awak sejak 3 tahun lepas . Saya tahan perasaan saya sehinggalah semalam saya tidak dapat tahan lagi jadi saya meluahkannya . Park Min Mi . Will you be my girlfriend ? “

Kotak itu pula aku buka . Terlihat , seutas rantai yang tersarung dua cincin yang bergabung didalamnya . Jawapan masih belum diberikan . Mulutnya ditekup selepas itu , mungkin terkejut . Aku sudah mula berdebar . Jantungku berdegup laju .

“ Saya … “ sepatah sahaja yang dikatanya . Bibir bawah aku gigit . Aku mula rasa hampa . Ah , aku tak tahu kenapa tetapi aku risau . Tolonglah ! Tolonglah ! 3 tahun aku tunggu . Min Mi , tolonglah .

“ I will “ serentak itu , rantai dikotak itu dikeluarkannya . Tiada apa yang perlu diucap . Gembira ? Terlampau gembira . Aku tak sangka . Aku hampir dihampakan tadi , tidak sangka jawapannya sangat memuaskan hati .

Selepas itu , aku bangun dari kedudukanku . Rantai ditangannya aku kalungkan dilehernya . Dia meneliti rantai itu . Aku menempahnya 2 tahun lepas . Tertulis Hoya LOVE Park Min Mi . Ah , 2 tahun dulu aku hendak beri kepadanya pada hari valentine tetapi niatku terbatas kerana dia tidak menerima sebarang hadiah daripada mana – mana lelaki .

“ Thanks . “ Sepatah ayat itu keluar daripada bibir gadis yang kini gelarannya ialah sebagai teman wanita aku . “ No . I should thanks you . Saya tunggu 3 tahun dan akhirnya awak terima saya . Tak sia – sia nampaknya saya tunggu . “ aku pula membalas .

“ Erk ? 3 tahun ?! “ dia mula menjerit kecil pabila aku menyatakannya . Mungkin terkejut kot .  Dengan senyuman yang terukir aku menangguk mengiakan kata – katanya .

( Min Mi’s Story )

Aku terkejut . Serius , aku terkejut . Aku tak tahu hendak percaya atau tidak tetapi aku rasa ianya betul . Walaupun begitu , hatiku tersentuh dengan ayatnya .

Terukir senyuman dibibir lelaki ini . “ Ya . Hoya suka dekat Min Mi sejak kali pertama kita berjumpa . 3 tahun kita sama kelas tetapi Min Mi layan Hoya macam lelaki lain . Sakit hati sebenarnya apabila dilayan sebegitu . Setiap hari Hoya cuba menarik perhatian Min Mi tapi malangnya , tiada hasil . “

Aku terkejut . Jadi selama ini dia memang suka padaku ? Tolong , aku memang terkejut !

“ Setiap hari , Hoya sentiasa tengok Min Mi . Hoya tahu taman belakang sekolah tempat kegemaran Min Mi sebab Hoya perhatikan . Hoya suka tengok gelagat Min Mi . Comel sangat . Teringat bila Min Mi dengan Sojin dan Seol kenakan budak – budak tu . Hebat . Min Mi , you’re beautiful . So beautiful till nobody can against you . I love you so much ! Really love you ! “ sambungnya lagi .

Aku tak tahu kenapa , tetapi tiba – tiba hatiku terasa sebak . Butir mutiara yang selama ini aku simpan mula mengalir . Aku tersentuh dengan kata – katanya . Tanpa membuang masa , aku terus memeluknya . Aku tak tahu kenapa tetapi aku ingin berada di pelukan seseorang kini .

Untuk seketika , tiada respons yang diberi . Mungkin dia terkejut dengan tindakanku yang memeluknya tiba – tiba . Tetapi selepas itu , lembut tangannya mengelus rambutku . Bila didakapannya aku terasa selesa . Aku terasa seperti semua bebanan sudah terlepas .

“ I love you too Hoya “ perlahan ayat itu menutur . Aku pasti dia mendengar apa yang kuucap . Kedua – dua belah tangannya merangkul erat pinggangku . Kemudian , dahiku dikucupnya perlahan . Terasa darah serbu naik kemuka tetapi aku tetap gembira .

“ Thanks so much . Saranghae Park Min Mi “

+++++++++++

Selepas dia meluahkan perasaannya padaku dan kini aku telah menjadi teman wanitanya , aku dan dia terus pulang kekelas sambil berpegangan tangan . Pelajar – pelajar melihat kami berdua dengan pelbagai reaksi .

Aku berdebar sepanjang perjalan kekelas . Tetapi , tidak sangat kerana setiap sindiran yang aku ditujukan kepadaku , Hoya erat mengenggam tanganku . Aku tersentuh dengan perlakuannya . Kalaulah aku sedar akan perasaanya padaku  , pasti sudah lama aku akan jadi teman lelakinya .

“ Woah . Tak pernah – pernah nampak muka perempuan ni gembira semacam . Ada isi ketam didalam ketam ni . Cerita wei . Cerita . “ sesampai aku sampai dikelas , Sojin terus mengusik aku .

Aku jujur , senyuman dibibirku tidak pernah lekang . Aku teramat gembira sehingga tiada ayat yang boleh membayangkan betapa gembiranya aku . “ Ah , aku ingat kau spy apa yang berlaku tadi . Tak rupanya . Kesian “ aku memerli Sojin yang kini mukanya sudah masam mencuka .

“ Macam mana aku nak spy kalau aku jadi bodyguard ? Adoii . Beritahu sahajalah “ sejurus selepas itu , aku terus menceritakannya dari A sampai lah ke Z .

++++++++


http://www.youtube.com/watch?v=oxk6ARzKmRI
( pause lagu kat atas dan play lagu ini )

KRINGGG!!

Akhirnya sekolah sudah tamat . Ah ~ leganya . Boleh juga aku balik rumah selepas itu , tidur ! Aku mengemas buku – buku dan muka masukkan kedalam beg sekolah .

“ Hey my beautiful girlfriend “ tiba – tiba Hoya datang menegurku secara tiba – tiba . Aku terkejut . Fuh , nasib baik aku taka da penyakit jantung . Ah ~ geli hati aku dengar hoya memanggil aku dengan nama itu . Aku hanya menjeling kearahnya .

“ Alaaaa , kenapa ni jelling Hoya ? Hoya ada buat salah ke ? Mianhei . “ dia mula memujukku sambil kemas tanganku diraihnya kedalam genggamannya . Aku mula ketawa perlahan . 
Lawak melihat reaksinya yang sebegitu . Tidak pernah aku lihat Hoya sebegini .

“ Ahh , tak ada apa – apa lah . Nak apa ni ? “ aku menyoalnya . Kemudian , tangannya mula melingkari pinggangku . Terasa darah serbu naik kemuka . “ Apa ni . Nanti orang nampak lah . “ kataku cuba melepaskan diri dari pelukannya .


“ Alaaa , kita kan dah sah couple . Jom kita date . Our first date . Tak boleh tolak . Kena ikut juga . “ What ? First date ? Aku mula gelisah . “ Dddatee ? “ tergagap aku menutur ayat . “ Yelah . Hoya tak boleh nak tahan rindu lama – lama . 3 Tahun tu . Patut faham situasi Hoya selama 3 tahun . “



Ahhh , dia bagi alasan 3 tahun pula . Memang sah lah aku kena ikut . Teragak – agak aku mengangguk . “ Okey , kaja ! “ seraya itu tanganku ditarik . Aku hanya mengikutinya .

+++++++++

“ Okey , kita nak pergi mana sekarang ni Hoya – ah ~ “ aku mula menyoal sejurus keluar dari perkarangan sekolah . Kami masih berjalan beriringan sambil berpegangan tangan . Kemana hala tuju ? Aku tak pasti . Aku hanya mengikuti sahaja .

“ Kita pergi arcade nak tak ? Your favourite place kan ? “ katanya . “ Huh ? Hoya stalk Min Mi sampai tahu semua itu ke ? “ aku menyoalnya . Dia hanya tersenyum .  Kemudian , sebuah kucupan dihadiahkan dipipi . Gunung berapi bagai hendak meletup rasanya .

“ That’s your secret admire . Ah , itu bukan first kiss okey ? I will do proper kiss later“ ujarnya lagi . Huh ? Aku kaku . Kakiku berhenti .  Hoya yang melihat reaksiku mula ketawa . Gila ke apa ?! “ Kenapa ? Nak sekarang ke ? Boleh aja ~ “ katanya mula mendekati aku .

Aku mula menjarakkan diriku diantaranya . Tetapi malangnya tidak boleh kerana tanganku erat digenggam olehnya . Selepas itu , dia terus menarik aku dan memeluk erat pinggangku . Bibir kami hanya berjauhan beberapa inci sahaja .

Ahhhhh ! Apa ni ? Jantungku mula berdegup laju . “ Jangan risau . I will do a proper kiss later “  sekali lagi pipiku lembut dikucupnya . Kemudian pelukan tadi dilepaskannya . Tanganku diraihnya semula .

Dia mula mentertawakanku . Aku gugup . Aku terkejut . Teruknya bercinta ! Sampai begini ke harus diperlakukan ? Memang jiwang betul lah !

+++++++



“ Woahhh ! Daebak ! “ aku sedang melihat Hoya menari diatas dance machine di arcade ini . Memang tidak dapat dinafikan yang Hoya memang hebat menari . Aku kagum akan tariannya . Dia kini sedang menarikan tarian Bang daripada After School . Sunguh mengangumkan .


Selesai sahaja dia menari , aku memberinya sebuah botol air mineral . “ Woah . Perfect . I love it . “ aku memujinya . Dia hanya tersenyum . Rintih – rintih peluh mula mengalir dibadannya . Aku mengambil tuala di dalam beg dan kemudian mengesat peluhnya .

( Hoya’s story )

Aku terkejut dengan tindakan Min Mi yang mengesat peluhku . Aku membiarkan sahaja . Segari senyuman mekar dibibirku . Aku tersentuh dengan apa yang dilakukannya . Mungkin Park Min Mi tidak pernah bercinta tetapi , aku sayangkan dia !

“ Jom . Kita pergi makan pula . Hoya laparlah ~ “ aku mula merengek seperti budak kecil . Min Mi hanya ketawa melihat perlakuanku . “ Okey , Hoaegy ~ Arasso “ kemudian kami berdua keluar dari arcade dan mencari makanan .

“ Nak makan apa ? “ dia mula menyoal aku . Aku berfikir sejenak . “ Kita beli makanan tapi kita makan dekat suatu tempat ni nak tak ? “ aku memberitahunya . Sejak dari dahulu aku ingin bawanya ketempat itu .

“ Pergi mana ? Jauh ke tidak ? Ahhh ~ Hoya . “ tanganku digoyang – goyangkan menyuruh aku memberi jawapan . Aku masih membisu . “ Okey , fine . “ tangannya dilepaskan dariku . Dia berjalan pantas kehadapan meninggalkanku .

Ah . Dia merajuk lah . Macam mana ni ? Haish . “ Min Mi –ah ~ “ aku memanggilnya . Mukanya masam . “ Nak apa ? “ katanya keras . Dia masih memandang kehadapan tidak menghiraukan aku disini . Aku terpaksa berlawan dengan orang – orang yang lalu disni .
Aku terpaksa juga buat macam ni . Tangannya aku tarik . Aku genggam kuat . Kemudian aku bawahnya kearah satu selekoh ini . “ Aish ! Lepaskanlah ! “ dia mula meronta meminta dilepaskan . Aku masih erat mengenggam tangannya .

“ Okey , okey . Hoya beritahu . Tapi pertama sekali . Berhenti meronta . “ aku terpaksa mengalah juga . Akhirnya dia berhenti meronta . Terukir sebuah senyuman dibibir merahnya ini . Mungkin kerana sudah berjaya mendapatkan jawapan .

“ Alaaaa , tapi ini surprise . Nak kena beritahu juga ke ? “ aku pula tidak ingin beritahu . Dia memberi renungan tajam . Ah . Seram pula awek aku ini . “ Okey . Kita pergi pantai . “ akhirnya terpaksa juga aku beritahunya .

“ What ?! Pantai ? “ dia mula menjerit kepadaku . Aku hanya mengangguk sambil tersenyum . “ Okey , sekarang dah tahu tempatnya . Jom kita cari makan ! “ aku mula menarik tangannya . “ Kejap ! Kejap ! Hoya !!! “ dia mula menjerit tetapi aku tidak menghiraukannya .

Aku ketawa melihat reaksinya yang sebegitu . Hampa betul reaksinya .

Bersambung …

Ahhh , seriously ! Teruk gila karangan aku ni . Ahh , akan ada lagi 2 chapter yang bersambung . Aku akan update secepat mungkin InsyaAllah . Ahhhh , ta payah lah nak comment ye ? Penulisan aku teruk . Aku nak cepat , so part tengah hingga akhir dia lari tajuk so happy terus jadinya . Aku akan buat cerita sedih . Ahhh , kalau ada yang baca . thanks . Aku akan perbaiki penulisan aku dalam chapter yang seterusnya . * bow * 

2 comments:

  1. Best gila wei !!! aaa. aku suka ayat masa Hoya confess tu wei. aaa. untungnya aku. xD

    ReplyDelete
  2. @Aida Maisarah
    ahhhh , masa confess tu . aku tade idea XD

    ReplyDelete

Jasamu amat ku kenang . Thankie :) Setiakan diri meng-comment . HAHA XD